Konflik baru-baru ini diantara Rusia dan Ukraine telah membuat banyak orang bertanya, "apakah kesannya terhadap pelaburan saya?"

Adakah anda menanyakan benda yang sama?

Adakah anda risau portfolio pelaburan anda tidak akan bertahan ketika masa yang tidak menentu ini?

Apabila anda seorang trader, ketenangan minda adalah segalanya. Ialah yang membenarkan anda untuk fokus pada strategi anda dan membuat keputusan yang bijak.

Tetapi walau sebaik mana pun anda merancang, tetap ada potensi untuk ketidaktentuan. Sebab itulah ia penting untuk mempunyai portfolio yang boleh menempuh segala badai.

Dalam posting ini, kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membina portfolio yang akan memberikan anda keyakinan untuk terus trading dalam apa juga keadaan pasaran. Ini juga akan memastikan anda tidak perlu melalui pengalaman yang merisaukan lagi.

Apakah ada alasan untuk risau?

Ia adalah satu fakta bahawa isu geopolitikal akan memberi kesan kepada saham, cryptocurrency, komoditi dan juga pasaran Forex. Keterukannya adalah berbeza dari satu kelas aset kepada yang lain, but tetap adanya kesan.

Contohnyam, saham.

Situasi ketidaktentuan yang tinggi akan membantutkan kebolehan sesuatu syarikat untuk menjangka trend jualan dan produksi seperti biasa. Ini menyebabkan pelabur institusional untuk mengurangkan pegangan mereka dalam saham "tidak selamat" dan mengalihkan dana mereka ke kelas aset yang lebih selamat seperti bond kerajaan dan metal berharga.

Beberapa golongan pelabur pula menganggap acara geopolitikal sebagai peluang yang boleh menguntungkan mereka.

Inilah gol yang sepatutnya. Bagaiman untuk mencapainya?

1. Pelbagaikan secara efektif

Acara geopolitikal, kemelesetan dan kemerosotan ekonomi boleh berlaku. Hal terbaik yang boleh anda lakukan adalah menyediakan portfolio pelaburan anda untuk kejadian ini.

Anda pernah dengar sebelum ini, "jangan letakkan semua telur di dalam satu bakul." Berbuat sedemikian adalah seperti anda menekan butang musnah sendiri dengan rela.

Adakah portfolio anda cukup pelbagai jika anda melabur di dalam tiga atau lima aset? Ya dan tidak.

Ya, jika anda memasukkan sekali pelaburan yang berbagai jenis. Tidak, jiga pelaburan itu adalah dalam kelas aset yang sama.

Apabila melabur dalam saham, contohnya, anda mempelbagaikan dengan membeli saham yang berlainan dari sektor yang berbeza.

Portfolio yang benar-benar perlbagai haruslah mempnyai ciri-ciri berikut:

  • Termasuk wang tunai, dana yang ditrade di bursa, saham domestik dan asing, dana sektor, dana alokasi aset, dana yang fokus komoditi, dana hartanah.

  • Termasuk dana pasaran wang, sijil deposit jangka pendek, dan aset lain untuk pelaburan jangka pendek.

  • Mempunyai campuran baik antara kelas aset dengan korelasi rendah atau negatif. Jika satu aset turun, yang lain akan menjadi sebaliknya.

  • Pelaburan mempnyai kadar pengembalian yang berbeza.

Sewaktu masa ketidaktentuan ini, portfolio anda akan berlayar sebaiknya jika anda melabur dalam:

  • Saham syarikat yang mempunyai aliran tunai ayng sihat, arus pendapatan global dan lembaran baki yang kuat.

  • Dana komoditi seperti barang-barang agrikultur, sumber tenaga dan metal berharga.

Satu benda penting yang harus diambil kira dengan kepelbagaian - alokasi haruslah berdasarkan probabiliti dan risiko yang telah dikira. Anda juga harus mengimbangkan kembali portfolio anda selalu.

2. Lindung nilai dengan aset yang kuat ketika masa ketidaktentuan

image of financial analysis chart with a globe on top

Emas dikenali sebagai aset safe-haven kerna harganya cenderung untuk berhimpun ketika adanya konflik, dalam suasana kadatr faedah yang rendah, dan bila semua yang lain sedang jatuh.

Konflik Rusia-Ukraine baru-baru ini tidak terkecuali. Dengan sekatan keras keatas Rusia dan aset kewangan dibekukan, pelabur kini beralih kepada emas.

Belajar 6 Strategi Efektif untuk Mengurus Risiko Trading Emas dan Mempertahankan Modal Anda

Komoditi lain yang mendapat kekuatan adalah tenaga dan saham agrikultural. Rusia dan Ukraine adalah pemain utama di dalam trade komoditi global. Dengan mereka kini diluar persoalan, bekalan telah berkurang. Hal ini menyebabkan sektor komoditi mencapai rekod tertinggi.

Beberapa syarikat, seperti yang mempunyai kontrak pertahanan, juga melihat kenaikan di dalam aliran bawah mereka apabila perbelanjaan ketenteraan bertambah.

Bila anda tahu aset apa yang berhimpun ketika waktu-waktu ini, anda pasti akan mendapat nisbah risiko-keuntungan yang bagus jika anda menambah mereka ke dalam portfolio.

Anda juga patut trade CFD supaya anda dapat membuat duit walaupun harga jatuh (go short) atau naik (go long). CFD juga membenarkan anda untuk leverage posisi anda. 1:500 leverage menaikkan profitabiliti anda secara khusus. Hanya perlu ingat bahawa pendedahan risiko anda juga bertambah.

3. Berada di defensif

Pembangunan ekonomi masih cepat walaupun adanya tekanan geopolitikal diantara Rusia dan Ukraine. Dengan adanya sekatan yang berkaitan COVID dilucutkan, pasaran dan sektor kitaran juga sedang naik. Maka, belilah aset yang menunjukkan pembangunan global.

Anda juga patut menambah ke dalam portfolio anda aset yang membayar dividen, terutama yang menawarkan dividen yang stabil dan konsisten. Ini membenarkan anda untuk terus mendapat pendapatan walaupun keseluruhan ekonomi atau pasaran saham sedang goyah. Portfolio anda akan menjadi lebih menguntungkan apabila semuanya kembali kepada keadaan yang lebih baik.

Bonus: Urus emosi anda secara strategik

Ketakutan adalah emosi pertama yang akan muncul apabila anda mendengar tentang konflik diantara Rusia dan Ukraine. Walau dimanapun anda berada, sememangnya akan ada reaksi berantai. Hal ini terbukti apabila tekanan geopolitikal meningkat.

Melabur atau trading ketika masa-masa ini boleh menjadikan anda emosional. Ini boleh mengakibatkan keputusan yang tidak wajar yang didorong oleh ketakutan. Jika anda belum lagi membina minda trading yang kuat, ada caranya untuk mengatasi perasaan ini.

  • Cari bantuan, runding atau bercakap dengan penasihat kewangan untuk membantu anda mengurus portfolio anda dan membina pelan kewangan yang teguh bagi jangka masa panjang.

  • Salin trade dan biarkan trader profesional yang membuat keputusan untuk anda.

Oleh itu, trade dengan Fullerton Markets agar anda mendapat akses kepada profesional dalam trading, platform copy trading yang bagus dan kelas aset yang berbeza untuk dilabur, termasuklah saham dan CFD cryptocurrency.

Tiada siapa yang boleh meramal masa depan, tetapi dengan portfolio pelaburan yang dipelbagaikan dan juga dengan mengikuti tip-tip yang diberikan diatas, anda semestinya boleh menempuh segala badai.

 

Bersedia untuk menambahkan kekayaan anda di pasaran kewangan terbesar di dunia? Tiada tempat yang lebih baik untuk bermula daripada di sini bersama kami! Mulakan trading dengan Fullerton Markets hari ini dengan membuka akaun:

 

Buka Akaun LIVE

 

Anda mungkin berminat dengan: 3 Perkara Yang Anda Harapkan Seseorang Memberitahu Anda Tentang Menjadi Pedagang Profesional