Gabenor AS membatalkan hasrat untuk membuka kembali negara memandangkan negara tersebut mencatat satu lonjakan terbesar dalam kes koronavirus. Namun, pasaran tetap bullish dengan keyakinan Fed akan terus memberi rangsangan ekonomi. Long sewaktu S&P500 menurun?
- Melihat VIX, kayu ukur bagi Wall Street, ia menunjukkan bacaan agak stabil walaupun terdapat pelbagai berita negatif yang menjadi tajuk utama mengenai penjualan secara besar-besaran aset berisiko
- Ini bermaksud bahawa pelabur tidak panik pada masa ini dan mereka ingin membeli lagi
- Tambahan pula, Wall Street sangat yakin bahawa senario terburuk membawa maksud terdapat lebih banyak rangsangan dari Federal Reserve,
- Akan ada beberapa penurunan di sepanjang perjalanan pasaran namun ia tidak mementingkan lagi asas atau pendapatan pada ketika ini, mereka lebih cenderung dengan rangsangan semasa wabak dan selepas wabak tersebut
- Bank-bank di AS melonjak naik dalam sesi pasaran AS setelah pengawal selia ataupun regulator melonggarkan polisi yang akan memberi ruang lebih kepada permodalan, walaupun terdapat kemerosotan selama berjam-jam kerana Federal Reserve memaklumkan bahawa pemberi pinjaman terbesar tidak dapat meningkatkan dividen atau pembelian balik buat masa ini
- Oleh yang demikian, setiap penurunan saham AS merupakan satu pembelian selagi Fed meneruskan QE tanpa had
- S&P500 membentuk corak carta segitiga simetri dan boleh melambung tinggi ke paras harga 3207
Pasukan Kajian Fullerton Markets
Rakan Dagangan Komited Anda