Sama ada pasaran berciri Bull atau Bear, pasaran emas menawarkan liquidity yang tinggi dan peluang yang sangat baik untuk keuntungan dalam hampir semua persekitaran disebabkan kedudukannya yang unik dalam sistem ekonomi dan politik dunia. Walaupun ramai yang memilih untuk memiliki logam secara langsung, berspekulasi melalui pasaran niaga futures, ekuiti dan options menawarkan leverage yang luar biasa dengan risiko yang diukur.
1) Emas cenderung dalam persekitaran faedah yang rendah
Kebanyakan bank pusat, kecuali Bank of England, memotong kadar faedah mereka dan meramalkan pemotongan yang lebih agresif pada masa depan. Pada masa seperti ini, emas menjadi aset yang menarik kerana hasil daripada bon dan akaun simpanan menjadi lebih rendah.
2) Emas sebagai asset selamat (safe haven)
Emas dianggap sebagai aset selamat, bersama dengan aset seperti Yen Jepun dan Swiss Fran. Dengan konflik perdagangan AS-China terus meningkat dan pasaran saham yang tidak stabil, pedagang boleh memilih emas untuk melindung nilai daripada inflasi.
3) Emas dijangka akan terus kekal menaik
Pelabur optimis mengenai prospek ekonomi negara-negara membangun seperti China dan India mungkin melihat pelaburan emas sebagai satu cara untuk mendapat keuntungan. Emas secara historis memainkan peranan penting di negara-negara ini, dan lebih banyak kekayaan kemungkinan akan bermakna adanya lebih banyak permintaan untuk emas. Dengan kumpulan mewah yang semakin meningkat, permintaan untuk emas hanya akan bertambah dengan berlalunya masa.
4) Ketidak stabilan politik dunia baik untuk emas
Kami melihat keganasan politik di banyak tempat di dunia pada masa penulisan:
- Bantahan di Hong Kong
- Brexit
- Perang perdagangan AS-China
- Perang perdagangan AS-EU
- Pelancaran missile Korea Utara
- Pemotongan permit China untuk pelancong yang ke Taiwan
Kesemua krisis politik dan ekonomi ini hanya akan bertambah buruk dan boleh menjejaskan pertumbuhan global dan menyebabkan dana mengalir ke tempat selamat apabila kejatuhan berlaku.
5) Krisis kewangan berlaku setiap 10-13 tahun
Kami melihat tanda-tanda kemelesetan dengan penyebaran hasil Perbendaharaan antara 3 bulan dan 10 tahun ke tahap paling luas sejak 2007 pada 4 Ogos 2019. Penyerakan hasil (yield inversion) adalah penunjuk kemelesetan kegemaran pasaran. Kemelesetan pasti akan mendorong harga emas lebih tinggi, menuju ke harga tertinggi pada tahun 2012.
Melihat carta XAU/USD, kami meramalkan harga untuk menaik lebih tinggi ke arah tahap harga 1552 menjelang akhir tahun 2019 ini.
Louis Teo
Pakar Strategi Pemasaran