Tajuk ini mungkin kedengaran ironik tetapi pada hakikatnya, cara yang paling cepat untuk belajar bagaimana untuk menjana wang sebenarnya akhiri dengan kerugian.
Jangan salah faham, kerugian wang anda tidak bermakna anda perlu mengosongkan akaun dagangan anda. Sebaliknya, anda belajar dari kesilapan perdagangan anda yang sebelum ini. Apabila anda meneliti sebab-sebab di sebalik kerugian anda, anda akan lebih memahami bagaimana pasaran berfungsi dan mencari kelebihan anda.
Perdagangan Matawang adalah satu kemahiran, seperti kepimpinan, komunikasi dan selainnya. Kemahiran ini perlu digunakan dengan baik (untuk membawa keuntungan), dan anda perlu mengasahnya terlebih dahulu.
"Adalah baik untuk belajar daripada kesilapan anda. Lebih baik lagi belajar dari kesilapan orang lain. " – Warren Buffet
Bukan rahsia lagi bahawa dengan belajar dari kesilapan orang lain – dalam kes ini, pedagang – anda boleh meningkatkan pengalaman perdagangan anda. Di sini, saya akan berkongsi lima cara yang dijamin akan mengakibatkan anda mengalami kerugian semasa melakukan dagangan matawang:
- Tidak Meletakkan Stop Loss
Stop loss menyediakan kaedah keselamatan yang memastikan pedagang menetap sejumlah wang yang mereka hendak rugi pada setiap perdagangan. Saya telah melihat ramai pedagang memasuki perdagangan atau berdagang tanpa menetapkan stop loss. Sesetengah mereka percaya bahawa perdagangan perlu mempunyai ruang yang cukup untuk 'bernafas' sebelum beralih keuntungan.
Walau bagaimanapun, dengan berita yang pantas dan tindak balas pasaran, harga boleh berubah secara pantas. Tanpa meletakkan Stop Loss, anda pasti akan mengalami kerugian keseluruhan akaun anda jika perdagangan bertentangan dan sekiranya ada pergerakan pasaran yang besar. Sebagai contoh, kegawatan yang tidak dijangka disebabkan oleh keputusan Bank Negara Switzerland untuk menolak kadar minimum 1.20 franc Swiss terhadap euro (yang dipertahankannya selama tiga tahun) semasa Black Swan SNB mengakibatkan matawang Switzerland mencetuskan kelonjakkan dengan serta-merta, dan berlaku tidak ketentuan naik turun dalam pasaran matawang.
Jika anda mendapati diri anda kerap melihat perdagangan anda setiap minit, sama ada bimbang tentang posisi stop loss atau pelebaran dagangan apabila pergerakkan pasaran menentang anda, maka ini bermakna anda mengambil risiko terlalu besar dalam setiap perdagangan. Disarankan bagi anda untuk mempertimbang had risiko tidak melebihi 5% daripada modal dalam akaun anda.
- Mengabaikan Berita Pasaran
Berita pasaran dapat menggerakkan pasaran matawang. Satu lagi sebab mengapa pedagang kerugian wang adalah kerana mereka tidak mengemas kini berita terkini dan perubahan ekonomi. Kami menyenaraikan berita pasaran penting yang menjejaskan pasaran tukaran matawang asing yang pedagang perlu mengambil perhatian di sini.
Sebagai contoh, anda mungkin cenderung untuk memasuki perdagangan apabila melihat pembentukan formasi ‘bullish flag’ yang akan membuat lonjakkan kenaikan harga dan menembusi ke atas, tanpa mengawasi berita pasaran semasa. Bank pusat sesebuah negara matawang yang anda beli secara tiba-tiba mampu mengurangkan kadar faedah, walaupun sebelum perdagangan anda telah masuk ke dalam zon keuntungan atau mencapai sasaran harga anda. Keadaan seperti ini juga mampu menyebabkan matawang mengalami kejatuhan dan bergerak menentang perdagangan anda, serta menyebabkan kerugian dan mencapai stop loss anda.
Sering kali, pedagang membuka perdagangan tanpa menyemak berita pasaran ekonomi jangka pendek. Sila melakukan semakan dan jadikan satu kebiasaan untuk mempertimbangkan analisa teknikal dan asas fundamental sebelum membuka setiap perdagangan. Sentiasa periksa berita pasaran semasa!
- Anda Hilang Kawalan Emosi
Jika anda mengikuti ceramah CEO kami Mario Singh, anda pasti biasa dengan undang-undang kejayaan perdagangan beliau, yang dikenali sebagai MSS:
Mario mengenal pasti "State of Mind" adalah 55% bertanggungjawab untuk mencapai kejayaan dalam perdagangan. Berada dalam keadaan fikiran yang baik juga bermaksud mengawal emosi anda. Apabila seseorang berdagang secara emosi, mereka boleh terlibat dalam perdagangan secara membalas dendam, yang mungkin melibatkan perdagangan yang tidak baik apabila mereka mengalami kerugian wang; pedagang tidak meletak Stop Loss kerana takut akan terus mengalami kerugian; atau sesetengah mereka mengambil posisi dagangan yang lebih besar dengan harapan untuk pulih dari kerugian sebelumnya.
Disebaliknya, pedagang yang mendapat keuntungan berganda akan terlebih teruja apabila mereka melihat langkah perdagangan menepati pada masa itu, dan keadaan ini juga akan menyebabkan mereka meninggalkan pelan dagangan mereka dan meletakkan perdagangan yang lebih berisiko.
Pedagang juga membuat kesilapan dengan membiarkan kerugian berterusan. Keadaan ini adalah normal apabila anda tidak menyedari keadaan emosi anda. Pedagang seperti ini tidak akan menutup perdagangan mereka yang sedang mengalami kerugian, kerana mereka percaya bahawa pasaran akan kembali pulih mengikuti sangkaan mereka, tetapi akhirnya keadaan seperti inilah yang menyebabkan mereka mengalami kerugian lebih besar.
- Tiada Pelan Dagangan
Jika anda gagal merancang, anda bercadang untuk gagal. Kata-kata ini tidak boleh dielakkan terutama dalam bidang perdagangan. Pelan dagangan adalah satu set peraturan yang anda gunakan untuk menentukan sama ada anda harus mengambil perdagangan itu atau tidak. Ia perlu mengambil kira personaliti setiap pedagang, jangkaan peribadi, pengurusan risiko dan strategi perdagangan. Apabila anda mengikuti pelan dagangan, ia boleh membantu anda untuk menghadkan kesilapan perdagangan dan meminimumkan kerugian anda.
Mengikuti pelan dagangan membolehkan pedagang untuk melepaskan diri daripada emosi. Jika perdagangan tidak memenuhi keperluan pelan dagangan anda, anda seharusnya tidak memasuki posisi dagangan itu. Adalah penting untuk anda ambil perhatian bahawa pelan dagangan perlu ditapis disepanjang dagangan anda untuk mengetahui mana yang berhasil dan yang mana tidak.
Tidak mempunyai pelan semasa perjalanan dagangan anda tidak dinasihati kerana anda berdagang mengikuti naluri dan tanpa pemahaman yang sebenar apa yang anda sedang lakukan. Walaupun mempunyai pelan juga tidak menjamin kejayaan segera, melakukan tanpa pelan juga mungkin menjadi penghalang utama dalam karier dagangan anda! Mula dengan pelan dan sentiasa memperbanyak untuk mewujudkan kejayaan dalam pasaran.
- Pinjaman Leverage Tinggi
Akhirnya, leverage tinggi cara yang paling mudah mengalami kerugian wang dengan pantas. Leverage adalah pedang bermata dua kerana ia berpotensi untuk memperbesar keuntungan atau kerugian anda dengan magnitud yang sama. Orang ramai tertarik dengan perdagangan forex kerana mereka boleh mendapatkan akaun dari pinjaman leverage broker, iaitu mereka boleh menggunakan hanya sedikit wang untuk membuat keuntungan besar.
Katakan anda hanya mempunyai akaun yang leverage 200:1, dan anda membuat deposit sebanyak $1,000. Ini bermakna anda mempunyai akses kepada 200,000 unit matawang pilihan anda. Ia mudah untuk dilihat dengan $1,000 anda dapat berdagang dengan $200,000, dan keuntungan anda boleh ditingkatkan dengan mudah. Bagaimanapun, leverage juga berfungsi meningkatkan kerugian anda dengan magnitud yang sama.
Jika anda belajar cara menggunakannya untuk keuntungan anda, anda sebenarnya boleh memaksimumkan keuntungan anda dan meminimumkan kerugian anda untuk menghasilkan keputusan yang konsisten.
Pasaran forex bukan tempat yang menakutkan. Peluang berlimpah dan wang boleh dijana. Hanya pastikan anda melakukan bertentangan dengan 5 perkara yang disebut di atas!
Louis Teo
Pakar Strategi Pemasaran